Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, October 07, 2007

Usia bumi menuju akhir zaman

Assalamualaikum. ..
Mesti korang tkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it later...Allah
sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah
disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil
oleh NASA.]


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang
sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahui kita akan
bertahan dalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, bumi akan kiamat
pada tahun 2066


b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan
menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun
lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar,
dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan
oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya
akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan
Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam. ..


Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...


Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba.
hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah
tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan
tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.


P/s : mmmm kalu rajin pass la kat kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang
kalu tak tau ni... Wallahua'lam. .(ni pun aku copy dr org..tak salah kalu ilmu
disebarluaskan. .kan?)


Niezam Phg says..

Dah banyak sangat pasal teori bila kiamat akan berlaku.manusia memang suka meramal sesuatu. tetapi perancanagn Allah mengatasi segala segalanya. yang pasti kiamat itu tetap akan berlaku.hanya Allah sahaja yang tahu.yang penting kita bersedia untuk menghadapi kiamat itu sama ada kiamat kecil atau pun kiamat besar dengan menyerah diri sepenuhnya kepada allah dengan penuh ketaqwaan.....insyaaalh kita akan selamat di dunia dan juga akhirat...

Labels: ,

2 Comments:

  • At October 08, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Salam Ramadhan Al-Mubarak...

    Di bulan yang mulai ini, aku ingin memberi sedikit pendapat
    dan pandangan berkenaan dengan artikel ini

    Apa yang aku beri pandangan ini adalah berdasarkan pandangan dan
    pendapat yang aku dengar dari ustaz-ustaz dan aku memohon kepada
    Allah SWT keampunan sekiranya pandapat aku ni tersasar dari aqidah Islam
    yang kita pegang itu Ahlul Sunnah Wal Jamaah...

    Artikel ini siap membuat perkiraan tentang bia berlakunya hari qiamat, sedangkan
    bila Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Jibril tentang hari Qiamat, "Bilakah berlaku
    Qiamat", NAbi SAW menjawab "sesungguhnya orang yang bertanya lebih mengetahiui
    dari orang yang ditanya", Rasulullah tidak menyatakan tarikh tepat tahun ke berapa, tetapi
    beliau hanya memberitahu bahawa Qiamat memang sudah dekat seumpama dua dua jari,
    sambil baginda mengangkat tangan menunjukkan dua jari Baginda SAW dan daripada hadis-hadis
    Baginda SAW menerang tanda-tanda Qiamat kecil dan besar untuk kita berfikir......
    Ini menunjukkan urusan bila berlakunya hari Qiamat adalah bukan urusan manusia, ia adalah
    urusan Allah SWT, yang mana sekiranya Allah berkehendakkan ia berlaku maka berlakulah
    lah ia, sedang kalau hendak dikira, sudah tentu Rasulullah SAW sudah dapat mengira lebih jauh lagi
    daripada kita tarikh Qiamat.

    Saya amat bimbang, email-email yang sebegini adalah datangnya dari golongan-golongan
    yang tidak bertanggungjawab untuk memusnahkan Aqidah umat Islam dengan memberi
    pandangan dan pendapat yang tidak disedari boleh memesongkan aqidah
    umat Islam...

    Tugas kita sebagai Hamba Allah adalah beribadah kepada NYa seikhlas hari
    setaraf sebagai Hamba kepada Tuannya dan penuh yakin QIAMAT PASTI BERLAKU....

    Berhati-halati lah dengan jarum yahudi dan kristianisasi........

    Wallahu' a'lam.... mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita dibulan Ramadhan
    yang mulia ini

    Wassalam.....

     
  • At October 22, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Shalom,

    Walid Shoebat adalah seorang Palestina. Bahkan ia menyebut dirinya adalah mantan teroris Palestina yang memerangi Zionisme. Kesaksian Walid Shoebat dari seorang teroris menjadi pengikut Kristus sangat menarik.

    Silahkan ikuti di sini.
    http://www.youtube.com/watch?v=AYFuxwhwOUA

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...