ALFATIHAH BUAT ANNA TERATAK ABADI
[ DI PETIK DARI BLOG ABG KASSIM]
Agak terharu juga hati ini apabila mengatahui tuan punya forum ‘Teratak Anna Abadi’ telah pergi buat selamanya baru-baru ini. Aku yang baru tiga minggu berjinak-jinak di situ sempat juga mencatatkan beberapa kisah hidupku di situ.
Apa yang lebih menyedihkan aku, Anna sempat menghantar mesej (pm) kepadaku dan men respon tulisan-tulisanku di situ beberapa hari sebelum beliau pergi buat selamanya.
Aku terbaca mesejnya di dalam blog temannya kujie, agar homepage beliau di tutup buat selamanya apabila beliau tiada lagi. Beliau tidak mahu homepage nya terawang-awang tanpa tuan setelah pemergiannya. Aku amat terharu dan sedih membaca mesej itu walaupun baru mengenali beliau. Beliau se akan-akan dapat merasakan usianya tidak lama di dunia ini.
"Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin..." kata-kata akhir Anna Abadi.
Aku juga turut terfikir, haruskah blogku ini turut ditutup juga bila sampai masaku nanti?
Al fatihah buat arwah Anna Abadi semoga rohnya di cucuri rahmat…Amin.
Niezam Phg says.....
Untuk menghormati pemergian beliau saya terpaksa mentiadakan lagu lagu latar blog buat sementara waktu sehingga semangat saya pulih semula...terima kasih kepada Abg Kassim dan maaf kerana meminjam posting anda tanpa persetujuan awal terlebih dahulu. sebenarnya Anna Abadi pernah menghantar beberapa emel kepada saya dan antara pembaca setia blog teratak buruk ini. sebab itu saya rasa seolah olah dia 'dekat' dengan diri saya dan saya juga menganggap dia seorang sahabat-sahabat internet saya...dia telah pergi mendahului kita semua. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.
AL FATIHAH
7 Comments:
At January 26, 2007, Anonymous said…
abg zam ,anna abadi tu pompuan kelaki?
saya selalu gak lawat web dia ,
At January 26, 2007, Kassim Selamat said…
anna abadi seorang gadis yg hidupnya penuh misteri.
arwah pergi buat selamanya sehari sebelum hari raya haji, itu yg sy diberitahu.
web nya telah ditutup.
At January 26, 2007, Anonymous said…
"innalillahi wainna ilaihi rojiun..." sebak dan terkejut saya mendengarnye. saya mmg selaluuuuuu lawat blog arwah dahulu. saya sukaa baca mutiara kata dan madah2 cinta dari blog arwah. patut laa mlm semlm saya cuba bukak blog dia,dah keluar perkataan "DITUTUP". saya igt kan maybe utk sementara shj...,rupanye utk SELAMA2NYEEEEE. AL-FATIHAH BUAT ARWAH..
At January 26, 2007, Anonymous said…
zam, nih anna yg sakit tu ker?
At January 27, 2007, Anonymous said…
Salam zam...
sy adalah salah seorang ex-mod TAA...org pertama yg diberitahu oleh admins TAA ttg arwah....semua rentetan kisah ada di blog sy entry bulan Disember...tetapi sy tak pernah sanggup buat entry secara direct mengumumkan " pemergiaan" AA...sy tak sanggup...ada byk kenangan kami...dan ada entry PM terakhir arwah AA ...ada kt blog saya...kalau Zam nk tau cerita..baca dari awal notis penutupan, jgn bertanya..mmg sy tak pernah menulis lebih dari " notis " yg di kirim oleh admins.
At January 30, 2007, Anonymous said…
Assalamuálaikum...
Menitis airmata bila terbaca yang pemilik teratak yang selau saya kungjungi telah kembali kepada pencipta, semuga dicucuri rahmat ke atas roh beliau. Menitis air mata membaca pesanannya, bagai terken adiri sendiri....
At September 18, 2007, Anonymous said…
akum,
salam ramadhan buat sumua..sy antara pengunjung aktif 2005 kat teratak anna abdi semasa sy di kolej...sy cuba utk buka site TTA ptt la xdpt..blh sye tau berapa umur arwah yg sbnr??sy tersntuh& sdih mngeatahui hal ini..sye ingn mngetahui tntng dri arwah yg sgt tabah...
Post a Comment
<< Home