Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, January 21, 2007

Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan

Dr Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 +
18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (kelingking), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah
penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg
besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita
tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana
apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang
apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan
merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia
akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan
penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan
dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya
dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana
sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila
lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah>
disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan
itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walau pun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.
Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi
yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh
para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,tempat terletaknya
Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid,dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...



Niezam Phg says...

bersamalah kita menuntut ilmu......insyallah



kredit to aiz_lin78@yahoo.com

9 Comments:

  • At January 21, 2007, Anonymous Anonymous said…

    This comment has been removed by a blog administrator.

     
  • At January 22, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Niezam, please delete all these comments sebelum ada yg menjadi keliru.

     
  • At January 22, 2007, Anonymous Anonymous said…

    zam harap delate respon dari KAFIR LAKNAT yg menyamar nama solehah, si kafir laknat ni memperkecilkan Alquraan dan cuba menyebar ajaran kristian di blog ini..cepat bertindak zam

     
  • At January 22, 2007, Anonymous Anonymous said…

    sehingga ke hari ini saudara belum mengambil tindakan keatas solehah....zam...cepat bertindak sebelum terlambat. Nanti org akan menyangka blog anda digunakan untuk menyebarkan dakyah kristian...

     
  • At January 22, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Solehah engkau jangan persendakan ugama suci ku..Islam..ugama kristian terlalu banyak bezanya dengan ugama Islam.Ugama kau boleh minum arak, boleh berzina,boleh maksiat dan segalanya tapi ugama ku tidak mengajar sedemikian rupa.Jangan lah kau cuba menggunakkan nama SOLEHAH dan jangan kau cuba nak menyebarkan KRISTIAN dalam blog ini..jgn nak merosakkan blog ini,jgn mencemarkan ugama aku ISLAM.Aku tak percaya yg engkau ini asalnya kuat pegangan pada agama ISLAM mungkin engkau benar benar kafirun yg hanya ingin mengelirukan ISLAM...kami umat NABI MUHAMMAD percaya pada surah Al-Fatihah itu lah tiang solat kami...Aku ingat kau ini agak nya ada tak betul sikit..sebab itu tiada jalan yg lurus Allah tunjukan pada kau.Nyah lah kau dari blog ini jgn ganggu kami orang Islam...kami tidak menganggu kau wahai kafirun..............

     
  • At January 22, 2007, Anonymous Anonymous said…

    salam..kpd sesiapa yg punya handset..sila sms zam suruh zam delete respon di postingnya, ada KAFIR LAKNAT yg menyamar nama solehah cuba menyebarkan ajaran kristian di sini, cepat bertindak terhadap KAFIR LAKNAT tuu

     
  • At January 23, 2007, Anonymous Anonymous said…

    cik solehah,

    saya rasa pernah terbaca komen2 anda ni dari website melayu murtad. saya tahu anda menggunakan teknik cut & paste, anda ambil cerita di dalam tu dan masukkan di sini, sebetulnya anda sendiri tak tahu apa pegangan hidup anda.

    kalau betul anda seorang yg berpegang kpd ajaran2 Islam, mengapa harus anda jadikan al kitab sbg rujukan???

    sudah terang lagi bersuluh bahawa ajaran Islam berpandukan kitab suci Al-Quran.

    mazhab mana lak kata org Islam boleh berpandukan pada al kitab????

    bawak2lah bertaubat ye cik solehah, yelah, sementara masih hidup ni!


    P/S : Zam, tolong lah delete komen2 solehah ni. minah ni tak betul kot, ngarut je!

     
  • At January 25, 2007, Anonymous Anonymous said…

    al-Quran Surah Al-Imran 3 ayat 45 :

    "Malaikat berkata : Ya Maryam, sesungguhnya, Allah itu memberi khabar sukacita kepadamu, Maryam, dengan Firman yang dari Allah, Firman itu bernama Al-Masih Isa ibnu Maryam, yang berkuasa di dunia dan di dalam akhirat dan yang paling dekat dengan Allah..."

    Kitab Injil Yohanis 1 ayat 1-3

    Pada Mulanya adalah FIRMAN; FIRMAN itu bersama-sama dengan ALLAH dan FIRMAN itu adalah ALLAH. Ia pada mulanya bersama-sama dengan ALLAH. Segala sesuatu dijadikan oleh DIA dan tanpa DIA tidak ada suatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan.

    SESUNGGUHNYA TUHAN YESUS KRISTUS (Al-Masih Isa ibnu Maryam ) ADALAH
    1.Allah
    2.Tuhan
    3.Anak Allah( sama dengan FIRMAN ALLAH, kalimat Allah...ingat Anak Allah bermakna YESUS sebagai kalimat Allah... pembuka rahsia kerajaan Allah dengan kata lain Allah menyatakan kasihnya melalui Yesus..umpama Anak Kunci digunakan untuk membuka kunci...
    4.Kekal
    5.Maha hadir
    6.Maha mengetahui
    7.Maha Kuasa
    8.Tidak berubah
    9.Hidup
    10.Pencipta.
    11.Pemelihara
    12.Pengampunan dosa
    13.Pembuat Mujizat

    Halleluyah! Alhamdullilah!

     
  • At January 27, 2007, Anonymous Anonymous said…

    JGN SUWUH ZAM PADAM APER YG DIER CKP..

    KITER SBAGAI UMAT ISLAM KENA LAWAN BALIK...
    JGN BG DIER PERSENDAKAN AGAMA KITA..

    TUHAN KAMI TIDAK MEMPUNYAI IBU+ANAK+DIBERANAKKAN..

    TUHAN KAMI TIDAK MEMILIKI FITRAH UMPAMA MANUSIA..

    DAN TIDAK PERLU MENZALIMI DIRI UNTUK MEMAAFKAN MANUSIA...

    SAPER ISA UNTUK MEMAAFKAN MANUSIA..
    SEDANGKAN DIER SENDIRI TIDAK BERUPAYA LAHIR KE DUNIA DGN SENDIRINYA..

    DIA SENDIRI TIDAK BERUPAYA HIDUP TANPA MARYAM..


    TUHAN KAMI TIDAK PERLU PERGANTUNGAN

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...