Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, November 13, 2006

SEGERAKAN AKTA HALAL DI NEGARA INI...!!!!

INILAH YANG TERJADI JIKA TIADA AKTA HALAL DI NEGARA KITA. TIADA SESIAPA NAK HORMAT PADA KITA.

Serbuan Setor "Coldroom" Di Subang

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mendapat aduan melalui sms mengatakan terdapat kontena dari Vietnam yang menghantar bekalan ayam dicampur dengan daging babi untuk pasaran Malaysia. Bekalan tersebut akan disimpan di setor simpanan sementara di kawasan Subang sebelum diagihkan kepada pengedar-pengedar. Kontena berukuran 40 kaki itu dipercayai tiba pada malam sabtu (28/10/06).

Pada 29/10/2006 jam 7.00 pagi di Subang Coldroom Lot 1 Jalan SS 13/1 Subang., kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai oleh Setiausaha Kerja PPIM, Dato' Nadzim Johan bersama beberapa pegawai dari pihak Kastam yang
diketuai oleh En Bune dari Jabatan Penyiasatan Kastam dan turut menyertai adalah wartawan media seperti Kosmo, Utusan dan TV3 tiba di tempat yang dilaporkan.

Berikut adalah gambar ketika serbuan dilakukan oleh PPIM dan Pihak Kastam.
Pihak Kastam mengarahkan pemilik setor membuka setor untuk tujuan siasatan. Apa yang memeranjatkan adalah setor yang dikatakan hanya menyimpan barangan/makanan halal dipenuhi dengan timbunan kotak yang mengandungi babi. .

Dijangkakan lebih kurang 500 kotak tersusun dan setiap kotak tersebut mengandungi 12 ekor babi.Daripada serbuan tersebut, pihak Kastam telah menyita kesemua daging babi tersebut dan mereka akan dikenakan kompaun.

Inilah permainan orang tak menghormati bangsa dan agama lain.Mengambil kesempatan di atas peluang yang diberi.Mereka telah menyalahgunakan permit/ kelulusan yang diberi.
Juga didapati bahawa kontena tersebut sebenarnya hanya mendapat kelulusan permit untuk membawa masuk ikan, ini bermaksud daging babi tersebut diseludup masuk secara haram.

Walaupun kita tak makan babi, tetapi kita perlu berhati-hati.Penyakit tidak mengenal mangsa, bangsa dan agama. Sekiranya babi-babi ini membawa wabak yang merbahaya seperti yang pernah berlaku sebelum ini, iaitu JE, jadi kita manusia pasti
terkena tempiasnya.

Timbul kerisauan dan keraguan terhadap produk-produk yang diimpot.Adakah ia sepenuhnya Halal dan Selamat? Apakah jaminan kepada Umat Islam yang ia benar-benar halal bukan sahaja dari segi penyembelihan, malah cara pengedaran daripada pengeluar kepada pengguna akhir.

Kami di PPIM berasa amat marah kerana perbuatan ini seolah-olah menghina umat Islam. Kami mewakili suara pengguna lain amat menggesa supaya perkara ini disiasat dan diambil tindakan segera.













Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)

Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL,Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya." (Al-Baqarah : 42)




Niezam Phg says...
Terima kasih kepada fedabeckham@yahoo.com atas hebahan ini.Langkah yang paling selamat ialah beli daging yang segar yang disembelih di negara kita dan mula memboikot daging yang diimport sebab kjita tah tahu tahap kesucian dan cara penyembelihannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...