Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, November 24, 2006

Ini mata pencarian saya..........rezeki saya kat sini!




Penyanyi Deja Moss bagai terkedu apabila ditasak bertalu-talu dengan pertanyaan tentang penyebaran gambarnya yang berpakaian seksi ketika membuat persembahan di sebuah private function baru-baru ini.

"Saya macam blank kejap bila wartawan meminta saya memberi komen tentang foto saya berbaju seksi yang sedang hebat diedarkan melalui internet sekarang dan saya sendiri belum melihat gambar yang dikatakan itu," jelas penyanyi bersuara lantang yang popular dengan lagu ‘Di Matamu Aku, Di Jiwamu Dia.’

Bagi Deja, dia langsung tidak menyangka gambarnya di majlis tertutup yang memperlihatkan sebahagian besar dadanya itu akan diedarkan kepada orang ramai.

"Saya tidak sangka gambar itu akan diedarkan dengan meluas sekali di internet dan. Saya tidak mahu melihat gambar yangd iedarkan itu, cukuplah mendengar dari rakan-rakan dan keluarga saya di Kucing," jelas Deja Moss yang singgah sebentar di Mstar hari ini.

Deja sendiri sudah menghubungi pihak penganjur untuk menanyakan kesahihan berita yang didengarnya itu.

"Menurut mereka, mereka tidak boleh menghalang orang ramai untuk merakam gambar di majlis tersebut," jelas penyanyi genit yang berasal dari Kucing, Sarawak itu.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss mengaku dia agak tertekan dan terkilan apabila mendapat perkhabaran dari keluarganya yang menerima gambar tersebut melalui internet dan ada yang mengirim terus ke rumah.

"Apa yang membuat saya begitu sedih apabila emak saya menangis di telefon dan memberitahu saya ada orang telah meletakkan gambar itu di atas kereta ayah saudara saya di Kucing.

"Saya cukup menyesal dan terkilan dengan perbuatan tidak bertanggunjawab orang yang menyebarkan gambar saya itu. Sememangnya saya tidak sedar aksi saya begitu rupa. Saya terlalu menghayati lagu yang saya nyanyikan petang itu sehingga saya tidak sedar aksi saya dirakamkan," jelas Deja yang ternyata tidak senang dengan perkembangan terbaru tentang dirinya.

Bagi Deja, dia begitu ralat apabila kejadian yang tidak diingini itu berlaku ketika dia sedang berusaha untuk membuat ‘comeback’ dalam dunia seni.

"Percayalah, saya sendiri tidak terfikir baju putih itu akan menimbulkan kontroversi. Sebelum persembahan anjuran bank tempatan pada 6 November baru-baru ini, saya bertanyakan Rem samada saya kelihatan ok dan dia kata ok.

"Saya juga pernah mengenakan pakaian yang sama ketika membuat persembahan di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood pada bulan Ogos lepas," jelas penyanyi berusia 33 tahun ini lagi tentang episod baju seksinya yang sedang heboh diperkatakan itu.



NiezamPhg says....

Memanglah tak boleh nak halang orang ambil gambar,.tapi yang suka suka hati dia berpakaian macam tu buat apa. sengaja mencari nahas.walau pun pernah menunaikan haji...tetap mantain seksi hajjah sorang nie...semoga dia betul betul bertaubat dan tidak menjadikan agamanya sebagai adat sahaja...kerana pintu taubat masih terbuka....banyak lagi cara untuk mencari rezeki yang halal di muka bumi nie..jangan jadikan matlamat kita menghalalkan cara.....

3 Comments:

  • At November 24, 2006, Anonymous Anonymous said…

    rezeki dia dengan berpakaian terdedah hebat ye rezeki begitu dah pergi haji pulak sekarang ini kalau ada duit bila bila masa boleh pergi haji balik dari haji berpakaian lebih seksi kan...dunia .....punya dalam....

     
  • At November 24, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Untuk saudara seislamku Deja Moss. Masihkah kau ingat lagi bertawaf di sekeliling Ka,abah, masih ingatkah kau bersa'ie di antara bukit Safa & Marwah berulang alik, masih ingatkah kau lagi berwukuf di Arafah, masih ingatkah lagi bermabit di muzdalifah, masih ingatkah lagi melontar 3 jamrah di Mina, masih ingatkah lagi tinggal di dalam khemah di padang pasir terbentang luas, masih ingatkah lagi pakaian putih tidak mengira pangkat dan darjat? Masih ingatkah lagi. Ingatkan lah dan rasakannya kembali .. Allahu Akbar.

     
  • At November 30, 2006, Anonymous Anonymous said…

    "Bagi Deja, dia begitu ralat apabila kejadian yang tidak diingini itu berlaku ketika dia sedang berusaha untuk membuat ‘comeback’ dalam dunia seni."

    ralat? piirahhh..
    kejadian yg x diingini? meraban hape hajah ni..ko sedar ko pakai baju tu maknenye ko sedar ape yg ko buat..sendiri cari penyakit.alaaaaa biaselaaa artis mmg suke kasik jwpn yg menampakkan kebodohan sendiri..sorry to say bahasa aku agak kasar..tp ini laa realiti

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...