Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, November 23, 2006

Musim artis bercerai

cantik2 camnih pon bercerai....



AGAKNYA sekarang ini musim selebriti tempatan kita bercerai. Yalah,lepas seorang, seorang lagi selebriti negara ini berpisah dengan pasangan mereka. Baru-baru ini, CK dapat cerita, seorang pengacara wanita pun turut memutuskan ikatan pernikahan dengan suaminya yang dikahwini atas dasar cinta.




Lebih mengejutkan, perkahwinan mereka berdua pula baru berusia setahun jagung. Kata orang, ala belum hilang merah inai di jari, istana yang dibina sudah pun menyembah bumi.Apatah lagi mengenangkan persiapan perkahwinan mereka yang bukan alang-alang. Kiranya, CK dengar, belanjanya agak mahal untuk menyatukan selebriti ini dengan pasangannya. Tapi hendak buat macam mana kan? Kalau jodoh sudah tidak panjang, berpisah jugalah yang jadi jawapan.



Memanglah sekali fikir, terasa rugi apabila beratus ribu ringgit dihabiskan untuk buat persiapan, tetapi akhirnya yang dapat hanya surat sah cerai daripada Mahkamah Syariah. Tak apalah, sebab katanya, mereka berdua memang sudah tidak boleh tinggal sebumbung lagi. Panas semacam rasanya apabila duduk berdekatan.

Sebabnya, rasa cemburu yang berlebihan dikatakan menghantui mahligai yang dibina. Maklumlah, seorang daripada mereka masih lagi belajar. Jadi,waktu untuk bersama terasa amat jarang. Lalu, kedua-duanya sudah tidak boleh melayari hidup bersama dan perceraian menjadi jalan terbaik buat mereka.


Niezam Phg says....

Tak tahu nak komen apa apa. pekara halal yang sangat dibenci Allah..mengapa kita memilih kebencianNYA sedangkan kita berharap untuk bertemu denganNYA satu ketika nanti? satu persoalan yang sukar di berikan jawapan tapi boleh disediakan alasan...semoga mereka dapat bersama kembali...apa apa yang berkaitan dengan penceraian memang sesuatu yang sangat sangat menyedihkan..cuma mereka yang mengalami dan terlibat saja tahu bagai mana sakit dan deritanya....

1 Comments:

  • At November 23, 2006, Anonymous kawan sj.. said…

    hi zam..

    itulah. tak ada apa yg boleh dibanggakan sgt. samada kemewahan atau kecantikan tak semestinya menjamin kebahagiaan. klu kita ambil ikhtibar drp kisah2 masyarakat yg lain. ramai di luar sana yg hidup sederhana malah fizikal badan pasangan tak sesihat org lain lagi jauh sekali drp mampu menunaikan nafkah batin tp masih sanggup hidup bersama, ye tak.

     

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...