Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, November 19, 2006

Perbezaan Realiti TV Malaysia dan jiran

Petikan dari internet:

Di Singapura, kami tidak mendewakan pemain-pemain bola.'' Begitulah kata-kata Phillip Yeo, Ketua Agensi Penyelidikan Untuk Sains dan Teknologi Singapura. Saya yakin Singapura juga tidak mendewa-dewakan golongan artis seperti yang berlaku kepada kita di Malaysia .


Saya tidak pernah terbaca atau mendengar berita yang penyiar TV disana menganjurkan banyak siri realiti TV yang tidak mendatangkan sebarang faedah jangka panjang untuk kemajuan negara kecil mereka. Tetapi berlainan pula dengan negara kita,itu yang lebih diutamakan sejak kebelakangan ini.

Jika beginilah sikap rakyat negara kita nampaknya kita akan terus menjadi sebuah negara yang terbelakang dalam segala bidang yang berfaedah untuk masa depan negara.

Di Singapura, idola mereka adalah orang terpelajar, bukan artis. Orang terpelajar dijadikan contoh kepada anak-anak muda Singapura untuk mengejar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Anak-anak mereka digalakkan mendapat pelajaran setinggi yang mungkin kerana mereka sedar tanpa generasi yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi negara mereka akan ketinggalan.

Singapura sedang menuju ke arah apa yang disebut knowledge economy (ekonomi ilmu pengetahuan) tetapi kita lebih kepada entertainment economy (ekonomi hiburan).
Artis-artis yang berjaya meraih `ijazah' dari Akademi Fantasia (AF) lebih diberikan tempat dalam liputan akhbar daripada kejayaan anak-anak Malaysia yang berjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Kalau beginilah cara orang Melayu menguruskan anak bangsa mereka nampaknya peluang untuk menjana Towering Malays atau Melayu Unggul akan punah.
Mana ada anak Melayu yang berjaya dalam bidang nyanyian diperingkat antarabangsa sehingga mereka terkenal seperti artis-artis dari Barat. Pernahkah kita mendengar jualan album artis-artis Melayu dijual jutaan keping di pasaran antarabangsa?

Kalau setakat menyanyi di Royal Albert Hall sudah dianggap satu kejayaan besar bagi anak Melayu dan bukan meraih ijazah kelas pertama di universiti Cambridge atau Oxford , rosaklah anak Melayu.Kaum Cina dan India mendahulukan kejayaan akademik daripada hiburan tetapi untuk anak-anak Melayu, ibu bapa mereka sanggup
berkorban apa saja, bergolok bergadai asalkan anak mereka mendapat tempat dalam Malaysian Idol dan AF.

Mereka tidak sanggup berkorban atau bergolok bergadai untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Sesungguhnya orang Melayu akan jadi bahan ketawa kaum lain pada suatu hari nanti. Orang Melayu masih buta dengan agenda orang
lain untuk menjatuhkan mereka.

Tulisan saya ini mungkin tidak akan menyenangkan orang yang tidak mengambil berat tentang arah tuju orang Melayu. Ia mungkin bagai cili yang terpepak atau pahit bagai hempedu tetapi seperti kata orang, yang pahit itulah ubat.Malangnya orang Melayu suka digula-gulakan, dipuji berlebih-lebihan. Biar menang sorak kampung tergadai. Biar papa asalkan bergaya. Sampai bila kita hendak dodoikan orang Melayu dan anak Melayu dengan kejayaan yang palsu. Kita mahukan durian tapi benih tomato yang kita tanam.

Di mana rasional dan logiknya? Begitu rendahkah daya fikir orang Melayu dan anak Melayu? Kalaulah pejuang kemerdekaan dari kalangan orang Melayu yang lalu masih hidup, mereka pasti akan menangis kerana kita telah gagal mendidik anak bangsa ke
arah kemajuan yang dituntut oleh agama Islam. Kita gagal mengisi kemerdekaan dengan anak-anak bangsa yang bijak berfikir dan bertindak demi kesinambungan kemegahan orang Melayu. Mungkin Hang Tuah akan geleng kepala melihat orang Melayu hari ini
menyalahgunakan kebebasan yang diperoleh. Mungkin Melayu tak hilang di dunia tetapi jika ada bangsa Melayu yang layu apalah gunanya. Layu dengan lagu yang mendayu. Layu di pusat-pusat serenti. Layu di atas jalan raya yang serba moden. Layu di
peringkat pengajian tinggi.

Sebab itulah seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, kita tak sepatutnya memperjuangankan bangsa Melayu tapi yang patut kita perjuangankan ialah Islam.


Niezam Phg says....

Msyarakat kita sekarang ini telah terlalu dilekakan dengan hiburan....macam mana negara nak maju, pemimpin di atas sibuk bercakap pasal soal modal insan......yang tentunya perlukan masyarakat bermaklumat..tapi lapisan masyarakat yang kat bawah masih sibuk dengan bawang merah bawang putih...sibuk dengan toin..sibuk dengan siska..sibuk dengan putri..sibuk dengan pari pari ....

Dikatakan drama ini telah mencapai rating tertinggi dengan 3.8 juta ketika tayangan yang kebanyakan penontonnya adalah dari kalangan orang melayu..telah melalui 60 episod tayangan dan ada lagi 60 episod untuk dihabiskan...berapa banyak produktiviti masyarakat 'dilaburkan' di depan television ketika itu?...inikah produk produk masyarakat yang akan menghasilkan nilai mentaliti masyarakat kelas satu?...sekadar keluhan....anak bangsa yang sedang melihat kehanyutan bangsanya yang di telan gelombang arus keglobalan....

13 Comments:

  • At November 19, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Assalamualaikum Niezam,

    entahlah apa nak jadi dgn org2 Malaysia ni. SPM je dah tak mau belajar. Buat apa belajar teruk2, masuk AF dll kan dah jadi jutawan..

    kalau tengok di negara maju, pekerja kilang pun lulusan u, jadi sebab tulah produktiviti/kualiti tinggi. kita ni belajar setakat spm saja dah memadai (walaupun bukan semua, maaf ya).

    itulah sebab banyak gejala sosial yg berlaku sekrg, belajar tak habis, agama entah kemana. gerun betul bila baca laku anak2 remaja sekrg. jika dikaji mengapa anak2 melayu murtad sekrg, antara faktor ialah dangkalnya ilmu agama, kurg kasih sayang, tiada perhatian ibu bapa, kemiskinan, sukakan hiburan, agama asing yg 'banyak melobi'.

    tentang cerita bawang bawang tu, rata-rata orang melayu menontonnya. hairan betul, terasa benar bgmn org melayu diperkudakan. kepercayaan kepada putri, tidakkah ini tahyul dan boleh membawa kpd syirik sbb percaya kpd pari2 yg boleh memberi kuasa? yg penyiar pula awat biarkan cerita2 begini berleluasa?

    terima kasih krn memberi peluang mengomen..

     
  • At November 20, 2006, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum semeeee..
    nk komen gak..

    perasan x? kebanyakan parents pon cam suke dan bangga kalo anak2 jd artis..terutama jadik bintang2 tv realiti.mereka semacam menggalakkan..
    ramai parents yg siap g teman anak2 g audition..sanggup tunggu berjam2 lamenye kt audition tu demi anak2..bile anak mereka xterpilih,abes sume pihak dipersalahkan..kate kununnye anak mereka mmg berbakat..
    mm kalo dah parents pon kasik sokongan kt anak2 suh jd artis..camne?

    fikir2 kan senario nih..

    p/s: mekaseyyyy sbb kasik ruang utk tulih komen :)

     
  • At November 20, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Salaam Niezam,

    I'm a Singaporean and am proud of your comments. Alhamdulillah, kita kat sini strive to be the best especially in education, kena compete dengan bangsa2 lain yang lebih maju terutama dlm Maths. Tapi kesianlah anak2 kena `dera' tapi for their future jugak kan. Ada good dan bad-nyelah.. tapi must be positive kan, kan, kan ;)

    Salaam again... Madinah

     
  • At November 20, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Salaam Niezam,

    I'm a Singaporean and am proud of your comments. Alhamdulillah, kita kat sini strive to be the best especially in education, kena compete dengan bangsa2 lain yang lebih maju terutama dlm Maths. Tapi kesianlah anak2 kena `dera' tapi for their future jugak kan. Ada good dan bad-nyelah.. tapi must be positive kan, kan, kan ;)

    Salaam again... Madinah

     
  • At November 20, 2006, Anonymous Anonymous said…

    mak bapak zaman skrang menghadapi tugas yang lebih mencabar...
    anak2 pulak kalau tak di jaga betul2...boleh jadi mcam2...

     
  • At November 20, 2006, Anonymous Anonymous said…

    pelik sangat ke?
    ko tau la negara kita!
    S'pore tak banyak Melayu.

     
  • At November 21, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Kerana itu kita ada "assignment" yg perlu diselesaikan berkenaan perangai bangsa dan ummah skrg ni..

     
  • At November 21, 2006, Anonymous Anonymous said…

    eerr.. klu tak suka iburan,
    meh p jihad kat bumi iraq!
    tu pun realiti gak tuh..

     
  • At November 22, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Hello kawan sj,kau tau ke S'pore ni tak banyak melayu..macam betul aje.I'm proud to be Singaporean memang kita disini utamakan pelajaran.Even disini kalau dilihat Singapore idol kita pun berpelajaran pegang diploma,ada yg menuntut diuniversiti.Mereka utamakan education berbeza dengan Malaysia..pelajaran tak tinggi manapun boleh masok politik!...isn't it funny.

     
  • At November 22, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Saya juga warga S'pura.Terimakasih diucapkan.
    Memang tak dinafikan peranan ibubapa sekarang semakin mencabar.Sebagai ibu kepada 4 anak saya juga rasa tertekan apabila kami harus bekerja kuat untuk keluarga dan membahagikan masa untuk anak2 supaya mereka tidak rasa terbiar.
    Saya masih ingat lagi waktu kecil lagi, apabila ke sekolah tadika kami hanya banyak bermain dan makan.Belajar ABC pun apabila sudah masuk ke sekolah darjah satu.Tetapi sekarang apabila anak saya(baru berumur 5tahun)pulang dari sekolah membawa list untuk ejaan.Saya sungguh terkejut.
    Bayangkan budak baru lima tahun harus mengenal huruf dan ejaan.
    Namun sebagai ibubapa kita harus cuba membuat yg terbaik pada anak2.

     
  • At November 22, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Hello anonymous from S'pore me too also fr S'pore tak payah lah nak mengeloh, apa yg minister kita buat ada lah untuk kepentingan warga Singapura.Don't u feel proud as a Singaporean just like my daughter bila step to primary one dia dah boleh baca dengan lancar ini semua usaha kita sebagai ibu, jgn jadi ibu yg masih ditakuk lama we have to do everything for our children just u tengok bangsa asing dinegara kita especially bangsa tionghua anak anak mereka kebanyakan nya pandai belaka tak seperti anak melayu kita ada yg masih terkial kial.Segalanya usaha dan patut kita contohi mereka yg berjaya bukan rasa pressure.Kalau kita dah berusaha sedaya upaya insyallah anak kita pasti akan berjaya..jgn nak mengeloh sahut seruan kerajaan kita.Jangan jadi melayu malas.......bak kata bekas perdana menteri Malaysia Melayu mudah lupa....

     
  • At November 22, 2006, Anonymous Anonymous said…

    program realiti tv malaysia berapa kerat je. banyak lagi program lain yg beruncur pendidikan, agama tak pun ekonomi tp korang pun mcm tak perasan. napa program realiti tv ini juga yg dituding? baguslah s'pore.. korang berhak utk berasa bangga! apa2pun aku masih suka negara aku daah...

     
  • At November 23, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Malaysia taat menjunjung prinsip2 Rukun Negara!

    Itu bukan teras pendidikan ke? Pendidikan bukan hanya terletak pd segulung ijazah anda.

    Pendidikan tinggi apa kalau tak tahu nilai kesejahteraan dan perpaduan negara?

    Program realiti tv perkara sampingan saja.

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...