Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, November 17, 2006

HASNAH yang MURTAD kerana dilahirkan dlm keluarga miskin



Dah almost 20 tahun dia tinggal kat US dan convert to Kristian.. Dah kawin mat saleh, dah tukar personaliti, rambut pun dah tukar colour,semuanya dah jadi macam orang Yahudi.. cuma yang masih tinggal cuma namanya saja,tak tahulah kenape dia nak kekal yang ini..

Dengar pengakuan dan kebanggaannya yang tak terhingga kerana tinggalkan Islam dan convert Kristian. Siap kutuk lagi...

BACA, DENGAR DAN MENANGISLAHH... NAA UZUBILLAH...

nama pelajar : HASNAH
asal : malaysia
keluarga : 12 adik beradik, ayah seorang alkoholik
melajutkan pelajaran : Kansas State Universiti, USA
mengapa keluar islam? : KESUSAHAN & KEPERITAN HIDUP MASA LAMPAU
YANG DILALUINYA.... adakah ini satu alasan yg rasional?


KALAU KORANG NAK TAU, DENGARKAN RAKAMAN AUDIO YG DI ATTACHKAN...


Nauzubillahminzalik!
Tak tahulah nak salahkan sesiapa...Kubur sendiri-sendiri.. bila dah hati,jawablah sendiri...Sebelum anda mendengar audio ini, marilah kita mengucap dan beristirgfah.Ianya amat mengerunkan...Semoga Tuhan menjauhkan kita,keluarga kita serta keturunan kita daripada murtad!Na'uzubillahminzalik!

Turn up your speaker volume to hear what this woman speaks about.Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam yang berasal dari malaysia bernama Hasnah di USA . Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain.Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini.

Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar. Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad,saya rasa dah beberapa kali berlaku.Tapi
tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaranAllah saya rasa amat marah, kecewa dan sedih,dan saya pasti anda juga akan rasa begitu.Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian.Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini.

Bagaimana kesempitan hidup,kesusahan,kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri?,keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah.Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagai satu iktibar.Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami.

Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya. Walau apa pun, alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima.Sebagai org islam, saya percaya,apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan,kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah berusaha mengatasi dan
bertawakkal.Itu adalah dugaan Allah terhadap hambanya. Kadangkala,disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya.

Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya.Sayang sekali,bukan itu yg Hasnah nampak. Membuat saya terfikir,mungkin ada org disekeliling kita, mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi.

Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan.Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa Tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha,tabah menghadapi dan bertawakkal.Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka,sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah.

Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yang lain utk dijadikan iktibar.Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg diambil oleh musuh islam utk memesongkan kita.Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan.Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada
yg menegur.Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat kembali kepangkuan Islam. Insyallah.


Niezam Phg says...

Rasa macam nak tembak jer kepala perempuan nie.menyampah sangat bila dengar ucapannya yang tidak sedar diri tu.dah keluar islam dia memburukkan pula agama lamanya dan menyalahkan Allah kerana kelurganya dalam kemiskinan ..nauzubillah..ni lah jadinya kalau manusia kufur nikmat...cuba kalau Allah tarik nikmat yang paling hampir dengannya..cuba dibutakan matanya ..dituli kan pendengarannya.dan di bisukannya..barulah dia tahu yang harta kekayaan dunia tu tidak la sebesar mana pun jika dibandingkan dengan nikmat yang di hirup setap hari tu....

jika anda ingin donwload ucapanya klik la link di bawah nie..tapi ucapannya dalam english la....so kalau tak familiar...sediakan kamus sebelah anda....dengarlah dengan keinsafan dan bersyukurlah keana Allah tetapkan keimanan kita dan jadikan kita sebagai orang islam..itulah nikmat paling besar kita sebagai umat manusa di dunia ini..kerana kita menantikan kehidupan abadi di sana nanti...

audio hasnah murtad

2 Comments:

  • At November 18, 2006, Blogger AKMA said…

    zam...thanks share audio ni. memang ketika di luar negara...beginilah situasinya. mereka akan sentiasa datang. dengan penuh lemah lembut. dengan penuh ikatan kasih sayang. kita yang kena kuat. dan kalau kita tanamkan dalam hati bahawa kasih sayang yang mereka tunjukkan itu bukan datang dari mereka tetapi dari Allah...sayang kita pada Allah akan bertambah-tambah. Dan bukan tertawan kepada Jesus!

     
  • At May 14, 2007, Blogger cikpuansue said…

    elo..i'm google for hasnah murtad's video.. but tak jumpa pun.. yang ada cuma audio jer.. i jer nak tengok reaksi perempuan ni masa bagi ucapan jahil nie...

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...