Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, November 17, 2006

BAGAIMANA MENGENALPASTI CERMIN 2 ARAH ?

khas untuk wanita.....lelaki pun boleh juga ambil tahu

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaiman a kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin.Jika ada jarak (gap)antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin,
hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar.Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda


Niezam Phg says...
Semoga anda berhati hati selalu dan tidak menjadi mangsa di atas keseronokan gaya baru orang lain mengaut keuntungan dnegan menjual vcd versi bogel anda pula [ vcd nasha aziz amat laku satu ketika dulu]...nauzubillah minta di jauhkan kerana maruah tidak untuk di jual beli..kalau zaman jahiliah dulu anak perempuan sanggup di tanam hidup hidup kerana takut menjatuhkan maruah keluarga..

kita pada masa ini pula kena jaga maruah kita/keluarga kita dalam keadaan budaya dan peradaban islam kita sedang diserang dalam diam tanpa kita tidak sedari melalu media masa..misalanya..bawang merah bawang putih...impian ilyanna..kawan ...dunia baru...semuanyanya nak tunjukan peelakon wanita pakai ketat ketat dan sexy2..kalau kat kampuang saya mak saya cakap pesen bungkus nangka....hehehe

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...