Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, October 04, 2006

Mengumpul Ahli Melayu Kristian Melalui Tipu Daya

Assalamualaikum to all,

I just want to share this incident which occured last Saturday at the local bazaar. It goes to show how daring and rude they have become... to do it here in Pekan, Bandar DiRaja Pahang & knowing that The Sultan is the Head in Religious Matters according to our "Sistem Perundangan Malaysia " Its one thing to preach about Christianity, its another to convert people into Christianity through cheats and lies.

Err..., I think I'd better write in Malay, I sound stupid when I write in
English.
Ahaks

Saya telah diperingatkan bahawa mereka org-org Kristian akan selalu cuba mengkristiankan org-org Bukan Kristian kerana pada mereka itu adalah satu Kewajipan.

Jika mereka mati tanpa cuba melakukannya, mereka akan mati dalam dosa. Oleh kerana itu, mereka akan cuba mengkristenkan walaupun seorang, tanpa mempedulikan cara apa sekalipun. Tidaklah menghairankan jika tidak ada ungkapan "tiada paksaan dalam beragama" atau "untukku agama ku untukmu agamamu" sebagaimana yang ada bagi kita org Islam kerana ayat-ayat itu cuma ada di dalam AlQuran.

Oleh itu saya merasa bertanggungjawab utk menceritakan apa yg telah berlaku di sini agar kita sama-sama berwaspada terhadap taktik mereka.

Sabtu lalu, kawan suami, W, seorg peniaga kecil-kecilan didatangi seorg lelaki melayu. Lelaki ini bertanya samada W mempunyai masalah kewangan.Dalam keadaan sekarang ini siapa yg tidak ada masalah kewangan ???

Lelaki melayu tadi menawarkan sumbangan kewangan ribuan ringgit...tak perlu buat apa-apa , cuma perlu isi borang sahaja. Alhamdulillah W seorg yg teliti, dia perasan di barisan paling bawah tercatit "Anda wajib menjadi ahli persatuan" Dia minta penerangan ttg persatuan yg dimaksudkan tapi lelaki itu mengelak. Tak perlu risau pasal persatuan tu katanya. W tak puas hati, selagi tidak mendapat penerangan dia tak mahu isi borang. Berdolak dalik begitu begini akhirnya dapat tahu persatuan itu adalah Persatuan Melayu Kristian.

Astaghfirrullah. Nauzubillah.

Rupanya telah ramai yg didatangi lelaki itu. Ada yg isi borang , tak perasan ttg syarat jadi ahli persatuan, ada yg perasan tapi tak tanya lebih lanjut sbb tidak terfikir ia Pers Kristen kerana lelaki yg mendatangi mereka adalah org melayu. Ada yg tak kisah sbb " Ala ...ahli Persatuan je ... bukannya jadik Kristian" Huh ??? Astaghfirrullah.

Apapun, saya harap mereka dapat membuat laporan polis..mereka sedang berusaha utk mendapatkan salinan borang tersebut sebagai bukti. Saya juga menyarankan pada suami agar W dan mereka yg berkenaan mengadu pada Sultan agar Sultan tahu kejadian ini berlaku di daerahnya.

Marilah kita sama-sama berwaspada dan berdoa semoga ALLAH sentiasa melindungi kita dgn hidayahNYA. Amin.

Ustazah(Mantan Biarawati) berpesan :

Lihatlah sekitar anda, jangan ada org yg lapar, jgn ada org yg telanjang, jangan ada org yg sakit dan jgn ada org yg tidak bersekolah. Apabila ada salah satu drp nya, Kristian akan masuk di kalangan mereka .. kerana mereka(org-org Kristian) sedia menyumbangkan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan sekolah gratis "

Sekian. Harap Maaf .... yg baik itu dari ALLAH swt, yg tidak baik itu disebabkan kelemahan dan kesilapan saya sendiri.


Wassalam.



Niezam Phg says...
Janganlah mengadaikan keimanan kita kerana kesusahan.semua orang ada masalah kewangan.sebab tu Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini 'kemiskinan itu boleh mendekatkan kita pada kekufuran'.semoga kita sentiasa beusaha mencari rezeki yang halal.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...