Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, October 02, 2006

Novel review : GELORA JIWA



Sinopsis : GELORA JIWA

Harga : RM 17.00

Muka surat : 416

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?







Niezam Phg says....

Saya belum sempat lagi membaca novel ini.review ini di buat oleh sahabat saya hana dari singapura. insya'allah saya akan terjah kedai buku nanti....maybe lepas raya kot...

Bila start aje baca buku ni…..tak sabar sabar nak tahu apa akan jadi di penghabisan buku ini.

Kesetiaan tak mungkin berlaku curang? Itu lah yang harus dihadapi oleh Intan Azureen yang telah bertunang dengan Hanif Azman, pilihan abahnya selama 6 tahun.Tidak pernah bersua muka dengan tunangnya tapi tetap setia selama 6 tahun.

Tetapi apabila saat beliau hampir diijabkabulkan….Hanif Ashman datang dalam hidupnya mencurahkan kasih,sayang dan cinta kepadanya.Kasihnya kini sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman.

Pada mulanya…saya ingat ..Hanif Ashman tu ialah Hanif Azman….kerana Intan Azureen tak pernah langung berjumpa dengan tunangnya….tetapi rupa-rupanya Hanif Ashman dan Hanif Azman adalah adik beradik. Bermakna lelaki yang Intan Azureen cintai dengan sepenuh hatinya itu adalah bakal abang iparnya dan juga sepupunya yang telah lama menghilangkan diri.

Cara penulis describe the environments and locations in the book tu memang macam real lah…bila baca…………,rasa macam tengok drama tau….

Saya tak naklah cerita banyak …the best thing kan zam….baca la sendiri…baru best!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...