Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, October 02, 2006

Pesanan Ustaz Harun Din. Syirik yang tak kita sedari...

Wallahualam...

Assalamualaikum sahabat2ku...

Aku tulih email ini untuk menyampaikan pesanan Ust. Harun Din...Aku amat berharap kawan2 dapat bersabar dan membace sehingga habis email ini supaya selesai tanggungjawab aku untuk menyampaikan maklumat ini.

Begini cerita dia...

Aku, azli, nin dan nitham telah bertolak ke kg. air baloi, pontian untuk mengikuti ceramah ust. harun din ( kire2 sejam dari utm ).Beliau mengupas soal syirik.. Dan aku rasa kawan2 semua patut tahu apa kupasan tersebut..

Terlebih dahulu aku nak katakan disini bahawa aku bukannya memandai mandai dalam soal agama yang aku nak sampaikan ini tetapi cuma untuk menyampaikan apa yang aku dengar... jelas.. siap dok baris depan lagi, depan speakar...

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa

" segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram... ciri- cirinya menyerupai berhala... dan melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang... Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata...

" bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin
akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon
dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..."

dan kata beliau lagi...

" walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau
tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa
tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah
nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan...

" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam... maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.."

Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.Kata beliau seterusnya.Dosa syirik boleh diakibatkan oleh.

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM )!

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala maklumat diatas kepada kawan2 sekalian.... Aku berterima kasih kepada kawan2 semua kerana sudi membaca email ini sehingga habis.. Semoga nasihat2 daripada Ust. Harun Din di atas kite renungi bersama dan ambil iktibar.
Wassalam..



Niezam Phg says...
Rasa lega kerana saya dapat juga berkongsi dan menyampaikan ilmu ini dan tidak membolotnya seorang diri..semoga berfaedah kepada pengunjung semua...insyallah..

1 Comments:

  • At October 02, 2006, Blogger abiumar said…

    Assalamualaikum...

    Itulah syirik ni kadangkala datang tanpa kita sedari... Sebab kita tak nak belajar... Kita tak ambik tahu snagat. Sebab tu juga gejala murtad merata-rata sekarang akibat dari kurnagnya pengambilberatan tentang ilmu khususnya ilmu akidah.

    Tq atas posting yang menarik.

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...