Kejadian samun didepan mata..BERHATI-HATI
Women drivers, beware!!
Especially if you drive alone...Don't leave your valuables on the passanger seat.
Even if you lock the door, it is still not safe.
Petang semalam, sekitar 6.15pm, saya bersama isteri bergegas dari Rawang ke Gombak menghadiri majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk anak yang mengambil periksa PMR.Sesampai di Hutan Lipur Commonwealth, (sebelum Templer Park) keadaan telah sedia sesak, dan semua kereta berhenti. Cuma motosikal sahaja yang boleh lalu.. beberapa buah motosikal kelihatan berhenti di tepi jalan.
Beberapa ketika.. kami berhenti betul-betul disebelah sebuah motosikal yang telah sedia berhenti.. Dua lelaki India kurus tinggi..Penunggang berpura-pura menelefon, sementara pembonceng melilau matanya meninjau kereta yang ada. Kami bertentang mata seketika...berdetik hati kami. " Budak-budak ini bukan boleh percaya" kata isteri saya sambil mengunci pintu.Lama kami berhenti disitu, kami semakin gusar sebab jalan masih sesak dan tidak bergerak. Tangan saya menggenggam besi kunci stereng, standby
kalau jadi apa-apa.Tak lama, motosikal itu bergerak ke depan.. sekonyog-konyong motosikal itu berhenti selang tiga biji kereta didepan kami, betul-betul disebelah kereta Mazda MPV putih. Pemboncengnya sepantas kilat turun, menumbuk cermin penumpang depan hingga pecah dan mengaut beg tangan warna kuning dari dalam kereta tersebut lalu bergerak dengan selambanya...
Kami semua tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa...terang-terang berlaku didepan mata.Dalam keadaan kecoh itu, kenderaan bergerak perlahan-lahan, sehingga sampai satu kawasan agak lapang. Kami behenti ditepi jalan, untuk memberi bantuan. Mangsa ialah seorang pemandu wanita berseorangan... dia meletakkan beg tangan mengandungi semua dokumen di atas kerusi penumpang. Seorang pemandu menguhulurkan telefon bimbit kepadanya untuk menghubungi seseorang.
Kami agak kesal sebab penjenayah itu terlepas begitu sahaja. Kalau jalan clear.. sudah tentu lain ceritanya.Pengajaran peristiwa. Lebih berhati-hati jika wanita memandu bersendirian.Kunci pintu kenderaan Jangan letak beg atau barang berharga di kerusi sebelah kiri. Sorokkan dari pandangan.Jika jalan sesak lebih berhati-hati.. terutama jika ada motosikal berhenti ditepi jalan.
Niezam Phg says...
Terima kasih kepada nini shafini yang sudi berkongsi kisah ini dengan saya dan dipanjangkan kepada pengunjung yang lain...semoga pengunjung semua berhati hati terutama ketika mengeluarkan wang yang banyak dari bank..sebab penyamun sebegini mempunyai kaki mereka....jangan sampai pula 'duit raya' untuk anak buah kita di rayakan oleh lanun-lanun zaman moden sebegini...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home