Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, February 17, 2008

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akankeluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab,

"Aku mahu mencari limaorang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah


Komen Niezam Phg

Sekadar ingin menginsafi diri sendiri. Dimanakah diri kita ketika azan berkumandang?....

Labels:

Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berde rin g pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FIN ALL Y ......... for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Labels:

Saturday, February 16, 2008

Jadilah ibu bapa yg berakal

( Abah bagi balik tangan ita... Sedihnya !)


Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraungdia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya ...

komen niezam phg

Anak adalah harta yang paling tak dapat dinilaikan ddengan wang ringgit.jadi berpada-padalah dalam memberi pengajaran kepada anak anda.semoga pengakhiran kepada sesuatu kemarahan itu di akhiri denga pengajaran yang paling bermakna.

Labels:

Friday, February 15, 2008

himpunan kisah lawak

Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"



ade g...



Pengemis gila
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

ader g...



Demam Malaysian Idol
Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .



ader g...



Wanita dan Lelaki Tua
Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

aderrr g..



Senyum
1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan? "

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan
apabila selesai berdoa, jika
kegelapan masih mengelilingimu
maka bayarlah

aderrr g...



Isteri Tersayang
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.



ade g ke...???



Teliti itu penting!
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... ..PAHAM!!! !!



ade g kerrrr????



tak derrr dah....

Labels:

Thursday, January 31, 2008

Jom serbu MPH Midvalley




Tarikh : 3 Februari 2008 (Ahad)

Masa : 2 - 3 petang

Tempat : MPH Bookstores,

Unit JA1, Ground Floor,
Mid Valley Megamall, Mid Valley City,
58000 Kuala Lumpur


Jumpa di sana....InshaAllah.



di petik dari zaharuddin.net



Niezam Phg says..


Saya merasa sangat teruja untuk memiliki buku ini dan berharap dapat meminta autograf dari penulis buku ini yang saya ikuti perkembangan dirinya semenjak tahun 2000 lagi. jika anda juga berminat untuk memilikinya jangan lupa menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut untuk memiliki buku berkenaan dan berjumpa penulisnya sambil bertanyakan beberapa soalan [ katanya ada sesi soal jawab]. kerana saya di fahamkan buku ini tersangat laris dan telah kehabisan 2000 naskah dalam masa sebulan setengah.

Untuk cetakan kedua mungkin mengambil masa sebulan dua selepas raya cina kerana terdapat sedikit masalah penerbitan [ramai yang bercuti panjang]. ini saya kira satu permulaan yang baik buat ustaz zaharudin untuk buah tangan sulungnya selepas berhijrah dari dunia perbankan ke dunia akademik.semoga selepas ini lebih giat lagi dalam perjuangan memberi kesedaran islam di kalangan masyarakat dan saya sentiasa menantikan karya karya dari ustaz zaharudin seterusnya selepas ini.

Labels:

Negara kehilangan dua tokoh...



Pertamanya, pemergian Allahyarham Datuk Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor yang dipecat kerana mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman pertandingan ratu cantik. Allahyarham meninggal dunia jam 2.50 petang tadi disebabkan pendarahan dalam kepala. Menurut laporan Harakahdaily, jenazah Allahyarham akan disemadikan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada esok hari.

Saya telah difahamkan bahawa Solat Jenazah AlMarhum Dato' Hj Ishak Bahrom akan diadakan esok, hari Khamis, 31 Januari, jam 9 pagi di Masjid Ar Rahimiah Lipat Kajang (Sri Andalas) berhadapan hospital Klang.AlMarhum kemudian akan dikembukian di Makam DiRaja Seksyen9, Shah Alam, berhadapan Masjid Negeri. Sekian maklum.


Keduanya ialah Allahyarham Rosli Khamis, atau lebih dikenali sebagai Loloq yang meninggal dunia jam 1.37 petang akibat pendarahan otak. Beliau merupakan penulis lirik terkenal di Malaysia dan hasil tangan Allahyarham banyak menaikkan artis-artis tempatan. Karya-karya Allahyarham penuh dengan maksud tersirat dan juga banyak menyelitkan kritik-kritik sosial.


Pemergian kedua-dua tokoh ini sememangnya satu kehilangan besar buat negara. Allahyarham Ishak Baharom akan sentiasa dikenang sebagai insan yang tegas memperjuangkan hukum Allah meskipun berhadapan dengan sebarang tekanan. Allahyarham Loloq akan terus diingat lewat karya-karya agungnya yang sarat dengan pengisian sejarah, bahasa metafora dan melankolik serta kritik sosial yang segar.


Semoga Allah merahmati roh kedua-dua tokoh ini dan ditempatkan di kalangan para salehin.

Labels:

Awas dengan PENIPU di INTERNET

last week i saw an ad in ebay.com.my which selling n95 8gb with very cheap price. interested with the price, then i send him an e-mail to confirm i would like to buy the phone.. he rejects when i ask to do cod, because that was our first deal. he said, he only do cod with his previous buyer.. then i said ok.. i transfered the money rm 1k++ to him last week ago, jan 16.. then i asked him to sms me after he shipped the item.. and he gave me the tracking no.. ED887163701MY

and today, am thinking why poslaju takes it so long? one week already, but why my stuff isn't coming yet? then i called poslaju nilai by phone (because am staying at nilai) , just want to track my stuff, and poslaju said the tracking no is not on their list..

right now, am trying to call the seller by phone, but it doesnt active... :cry: :cry:

i will let you know about the seller:
Name: En. Mat
E-mail: jualaku4u@gmail.com

For the bank references:
Name: Mohd Isa Bin Ismail
A/c: CIMB BANK 1408-1254-9905-21
IC No: 651013-10-7165

so, please beware of this seller..




anda juga boleh ker blog yang berkongsi masalah yang serupa dimana mereka telah di tipu oleh mamat ini mengunakan modus operandi yang sama.semoga anda tidak ditipunya


AWAS….PENIPU BESAR DI INTERNET

Sahabat sekalian,

AWAS! Jika anda pernah berurusan dengan IBLIS yang bernama JASMI BIN SHAHRUDDIN dan MOHD ISA BIN ISMAIL

IBLIS ini adalah penipu besar dan telah memperdayakan ramai insan terutama di kalangan pengunjung setia di ebay.com.my dan lelong.com.my.

Sesiapa yang pernah ditipu oleh IBLIS ini dipersilakan membuat report polis dan consumer tribunal.

Salah sorang mangsa (Noriszan) telah mencipta satu blog mengenai si iblis laknat ini. Jika anda salah seorang mangsa atau bakal mangsa sila baca blog beliau.

http://jasmi-victims.blogspot.com/

Banyak cerita mangsa malaun ini.

Mari kita banteras dan hapuskan IBLIS PENGKHIANAT ini dari muka bumi.

MODUS OPERANDI

IBLIS ini membuat tawaran barangan murah di ebay.com.my dan lelong.com.my. Dengan tawaran harga murah ramai yang terpedaya. IBLIS ini mengaku barang murah sebab underwater (kastam rampas). Selepas berbalas email dan sms, IBLIS ini siap bagi nombor akaun cimb dan nombor ic sekali.

Selepas bayaran dibuat, maka si IBLIS LAKNAT ini terus offkan handphone. Kita tunggulah barang bagai nak gila.

Saya adalah pengunjung setia di ebay.com.my selama bertahun-tahun dan banyak jugak barang yang saya beli di sana, tapi semuanya ok. Tiba kat si IBLIS ni terus sangkut. Saya difahamkan IBLIS ini telah menipu ramai orang dengan kerugian beribu-ribu RM. Saya sendiri terkena RM seribu lebih. Sila baca kisah kerugian mangsa lain di:

http://jasmi-victims.blogspot.com/

Pihak berkuasa tolong TANGKAP IBLIS ini dan hadapkan ke muka pengadilan. Sudah beberapa report dibuat. Jangan buat kami hilang kepercayaan.

TOLONG KAMI BANTU KAMI….HAPUSKAN IBLIS SI PENIPU BESAR INI

http://jasmi-victims.blogspot.com/

Sila sebarkan maklumat kepada rakan-rakan anda atau selitkan ke dalam blog anda.

Labels:

Friday, January 25, 2008

Sila gunakan telinga kiri!!!! nak tau kenapa?

Labels:

Sila gunakan telinga kiri!!!! nak tau kenapa?

Labels:

7 pekara pelik yang kita anggap tak heran

1.Aku heran melihat orang yang sudah tau bahwa dia akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sadar

2.Aku heran melihat otang yang sudah tahu bahwa dunia akan binasa tapi masih tetap mencintainya

3.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahwa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih karena kehilangan sesuatu

4.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahwa di akhirat ada perhitungan,tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Aku heran melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Aku heran melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Aku heran melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tatapi masih mau mematuhinya

(Ustman Ibn Affan)

Labels:

Sunday, January 20, 2008

Rukun-rukun wajib dalam sesebuah filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Berikut adalah antara ciri-ciri Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished.
Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home
work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog
wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan
ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau
lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab
atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak
pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah
sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan
pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan
kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah
lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam
filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling
mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air
paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India / Hindustan .

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh
orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor
Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri
melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan
Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan
tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu
lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh
' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik
ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.anda boleh tambah dalam ruangan komen jika anda tahu ciri ciri yang lain....


sekadar berkongsi ilmu perfileman yg diterima dari email

Labels:

Musim orang hilang






Orang lain sibuk gempar dengan Pencarian adik Sharlini. Yg dekat dengan rumah abg dan kawan abg , yang ni seorang dewasa. Gadis ini telah juga hilang dan dipercayai diculik ketika memandu dlm perjalanan ke Shah Alam. Orang ini adalah Anak Qariah Pengerusi Surau Sedeli Tmn Sri Andalas. Dia kena culik pada 1hb. Jan. 2008 ketika perjalanan untuk menemui tunangnya ke Shah Alam. Hilang sehingga hari ini. Sembahyang hajat dan segala usaha telah dilakukan tetapi masih buntu. Dipercayai masih disimpan di Shah Alam. Minta tolonglah kepada kawan2 kot ada terjumpa dgnnya. Dipercayai dia telah diperbodohkan, dan 2X withdrwal duit kat Shah Alam tetapi sekarang dah kena blok kerana savingnya ada lebih 10,000. Beliau akan mendirikan majlis kahwin pada 8hb. March 2008 ini. Kesihan.
Hanya tuhan yg tahu macam mana kesusahan keluarganya yang hanya ada anak seorang perempuan. Dan budak ini adalah budak baik tak biasa keluar sesuka hati.

Sekian.



dr email yg diterima

Labels:

Sunday, January 13, 2008

kisah anak kecil dan seketul batu..

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.




Niezam Phg says..

jangan hairan jika anda melihat kisah ini menjadi iklan raya petronas untuk tahun tahun mendatang.....hehe

Labels:

TIPS BERGUNA dari PDRM elak kecurian

[Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia]

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Source - Bukit Aman PDRM

Be Careful, Be Vigilant, Be Alert and Take Care. Be Good - Do Good - Think Good - Feel Good




Niezam Phg says..

Mungkin ada diantara anda yang telah membaca panduan panduan seperti di atas tetapi memandangkan terlalu banyak kes kes rompakan dan kecurian akhir akhir ini membuatkan saya tidak jemu jemu meletakan peringatan ini di teratak ini. mungkin selepas ini kita terpaksa pula meletakakn tips mengelakan kanak kanak di culik memandangkan peningkatan kes kes sedemikain secara ketara akhir akhir ini seperti yang melibatkan kes lelaki 'kucing'.kes nurn jazlin dan terbaru kes adik sharlinie.

Labels:

jenaka orang politik

Pesakit ahli politik

Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan. "

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah. "



Lawak DUN pilihanraya

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
DUN yg paling panas , DUN Pedas.
DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
DUN banyak air , DUN Ampangan
DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
DUN paling bahaya , DUN Baling.
DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang , DUN Kijang
DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk


Rahasia USA

Suatu hari, seorang laki-laki berlari sepanjang jalanan kota New York dan berteriak "Bush babi!!!!!!!! "

Ia tertangkap dan dihukum 45 tahun penjara. 10 tahun untuk dakwaan penghinaan terhadap presiden, dan 35 tahun untuk "pembocoran rahasia negara".


Career Path

An older couple had a son, who was still living with his parents. The parents were a little worried, as the son was still unable to decide about his career path... so they decided to do a small test.

They took a ten dollar bill, a Bible, and a bottle of whiskey, and put them on the front hall table. Then they hid, hoping he would think they weren't at home. The father told the mother, "If he takes the money he will be a businessman, if he takes the Bible he will be a priest - but if he takes the bottle of whiskey, I'm afraid our son will be a drunkard."

So the parents took their place in the nearby closet and waited nervously. Peeping through the keyhole they saw their son arrive home. He saw the note they had left, saying they'd be home later. Then, he took the ten dollar bill, looked at it against the light, and slid it in his pocket. After that, he took the Bible, flicked through it, and took it also. Finally, he grabbed the bottle, opened it, and took an appreciative whiff to be assured of the quality. Then he left for his room, carrying all the three items.

The father slapped his forehead and said, "Damn, it's even worse than I ever imagined..."
"What do you mean?" his wife inquired.

"Our son is going to be a politician!" replied the concerned father.


Bush Memandu

Sewaktu Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini.. dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaikisebuah kereta mewah.

Pemandu kereta mewah itu tiba2 berkata..."Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini.. saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush..

"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. kalau saya mahu keluar kemana-manapastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri.. tapi tidak pernah mendapat melakukannya. "

"Wah," kata pemandu.."Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian merekapun bertukar tempat.

Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya.

Tetapi bila sampai di persimpangan pertama.. Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..
Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya. .. polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut.

Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Bush..dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?"

Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis. "tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Bush!"


Truth In Politics

It was election time and a politician decided to go out to the local reservation and try to get the Native American vote. They were all assembled in the Council Hall to hear the speech.
The politician had worked up to his finale, and the crowd was getting more and more excited. "I promise better education opportunities for Native Americans!"

The crowd went wild, shouting "Hoya! Hoya!" The politician was a bit puzzled by the native word, but was encouraged by their enthusiasm. "I promise gambling reforms to allow a Casino on the Reservation! "

"Hoya! Hoya!" cried the crowd, stomping their feet.

"I promise more social reforms and job opportunities for Native Americans!" The crowd reached a frenzied pitch shouting "Hoya! Hoya! Hoya!"

After the speech, the Politician was touring the Reservation, and saw a tremendous herd of cattle. Since he was raised on a ranch, and knew a bit about cattle, he asked the Chief if he could get closer to take a look at the cattle.

"Sure," the Chief said, "but be careful not to step in the hoya."

Labels:

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...