Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, March 05, 2007

Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar bayi...




JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis
keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu
Pahat, tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga
bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian
darah!

"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami,
mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan
ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa
saya yang sebenarnya.

"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang
mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan
muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.

Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi
kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan
daripada Islam kepada Buddha.

"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit
yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata
Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)

Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila
dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak
Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.

Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan
keluarga tersebut.

"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya
berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar
menyesuaikand diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.

"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan
persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi,
kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran
Perniagaan.

Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya,
lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan
Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang
anak lelaki dengan usia yang sama.

Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan
dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima
Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu
bapa asalnya.

Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari
bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan
kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah
seperti anggota keluarga kami.

"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat
apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa,
membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik
bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu
pernah bekerja sebagai mekanik.

Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui
fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan
seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali
pasangannya dan yakin penuh padanya.

"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak
lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA,
Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil
menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil
mereka "ibu" dan "bapa".

Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum
mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan
khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang
mustahil".

"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami
pun meminta bantuannya," tambahnya.

Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan
menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini
kepada kerajaan negeri.

Yang Sedih ialah:
1. Bagaimana seorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima
mudah agama lain.
2. Ibubapa yang membiarkan anak-anak hingga tiada rasa bersyukur setelah
Islam 29 tahun.
3. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan bangsa
mereka, tetapi orang Islam menghina agama sendiri.

Komen anda bagaimana?

Saya ada meminta kawan yang mengerti bahasa Cina untuk menterjemah
artikel berkenaan Zulhaidi ini yang disiar dalam suratkhabar Cina. Saya
juga ada menggunakan online translator untuk menterjemahkan artikel
online suratkhabar Guang Ming. Menurut artikel tersebut, Zulhaidi sejak
remaja lagi telah teringin makan makanan ala Cina termasuk yang
mengandungi babi dan arak. Oleh itu, walaupun beliau membesar dalam
keluarga Melayu Islam tetapi beliau tetap cenderung kepada naluri
Cinanya. Pada saya, inilah satu contoh jelas di mana keluarga memainkan
peranan penting kerana Zulhaidi hanya seorang bayi apabila dibawa pulang
oleh keluarga Melayu Islam tersebut. Lihatlah apa yang umat Islam
sendiri lakukan kepada anak-anak yang dipertanggungjawabk an kepada
mereka. Hisap dadah, cerai berai dan membiarkan anak-anak mencari makan
sendiri pada usia muda. Allah SWT hendak menunjukkan kepada kita
akibatnya jika umat Islam tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri
dan anak-anak. Lihat sahaja anak Melayu yang tertukar dan menjadi anak
keluarga Cina Teo Ma Leong itu, yang bernama Tian Fa, tidak berminat
mencari keluarga Melayunya yang asal, mungkin sekali kerana keluarga
Cinanya telah menjaganya dengan baik. Semoga kita mengambil pengajaran
daripada kes ini.





Niezam_Phg says......

kalau kita jadi budak tu macam mana yer..tertukar masuk dalam keluarga kristian ker...hindu ker....isk......tak mampu nak firik lah..cuma bersyukur dengan rahmat Allah sekarang...

kredit to "Mimie" tanjung_mie@yahoo.com & "Q" kuyahrock@yahoo.co.uk

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...