Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, March 11, 2007

Pelajar lahirkan anak di sekolah

IPOH: Seorang pelajar Tingkatan Empat, yang mengadu sakit perut, dan minta dikecualikan daripada kegiatan sukan rupa-rupanya bersalin seorang bayi di sekolahnya.

Dia melahirkan bayi itu pukul 1.30 petang tadi di ruang bilik sakit sekolahnya di Manjung, kira-kira 90km dari sini.

Bayi perempuan itu, yang masih bertali pusat, ditemui mati di dalam sebuah beg milik pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Majung ACP Zainuddin Yaacob bagaimanapun enggan mengulas sama ada bayi itu sempurna atau belum sampai waktu.

Rakan-rakan sekelas remaja itu melihat pelajar pucat, dengan kesan darah pada pakaian seragamnya, di atas katil di bilik sakit.

"Mereka memaklumkan perkara itu kepada seorang guru, yang kemudian membawa pelajar itu ke hospital. Guru tersebut tidak perasan bayi yang telah meninggal dunia itu berada di dalam beg pelajar itu bersama pakaiannya," kata ACP Zainuddin.

Remaja itu kemudian memberitahu doktor tentang kelahiran dan kematian bayinya.

Polis sedang menunggu keterangan daripada pelajar tersebut





Niezam Phg says....

Tak sangka belum pun setahun pendidikan seks dijalankan di sekolah sekolah .pelajar sekarang telah pun mempraktikkan aper yang belum di ajar guru guru mereka..advance betul peklajar sekarang.maklumlah yan gcikgu cerita di sekolah sedikit jer [ itu pun bab pencegahan ] tetapi pengaruh internet,rakan sebaya,tv,vcd dan majalah majalah lucah memainkan peranan utama membentuk keperibadian anak anak zaman sekarang.kepada mereka yang mempunyai anak anak.berhati hatilah.... sebelum anak anda menjadi tajuk akhbar harian metro pula......


kredit to iza@my.hanjin.com

Labels:

1 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...