Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, March 08, 2007

Hati-hati melawat org meninggal and bile u ader baby

org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Aku dapat
dari e-mail member aku, saper yg dah tau bacer jela untuk mengingatkan,
yg belum tau tuh amik iktibar yer?

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak
bermaya,tidak tidur,tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan .
ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama
suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan
pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu
sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut.

Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah kebumi,terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi sayaselama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air
yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal
mestilah seoranglelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya)jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai sayaberdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu.
Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu,
alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu
dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh CikMan tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki
yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga kemalam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk.

Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian
untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air
mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di
sebut.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada CiMan (tak
mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi sayatu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang
berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya.
Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu.
Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu
dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya
mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila
kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorangdaripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai kerumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik
Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan sayasedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.




Niezam Phg says....

rasanya kita disunatkan mandi selepas pulang menziarahi selepas mayat dikebumikan..mungkin pengunjung yang lain ada nas atau hadi yang lebih kukuh..amat dipersilakan....menokok tambah di ruangan komen...





kredit to mas1602@yahoo.com

Labels: ,

1 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...