Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, November 27, 2006

Jokes.....enjoy....

DIALOG AYAM DAN LEMBU

Ayam : Manusia nie memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata camtu?
Ayam : Tengoklah... apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! buat apa pulak?
Ayam : Aku nie bertelur hari2. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.Orang kata ada jugak waris aku bila aku dah takde nanti. Tapi, manusia Nie memang tak berhati perut. Hari-hari diorg makan telur aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! kau punyer masalah kecik aje!
Ayam : ?? maksud kamu???
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagik malang... Rasa nak bunuh diri pun
ada. Bayangkan,hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak
pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati : tak boleh pakai punyer lembu!)

WAD

Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat
HKL dia tanya la kat sorang nurse kat situ... dalam loghat kelantan la.

"nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"

Nurse tu selamba jer jawab....

"wad kencing masam takde... wad kencing manis ader lar..."


7 CAWAN

Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untuk
membeli minuman sebagai bekalan ke pejabatnya.

Gadis : Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi didalam termos saya?

Pelayan : Saya rasa mungkin tujuh cawan.

Gadis : Baiklah... Bagi saya dua cawan teh, empat cawan kopi susu dan satu
cawan kopi tanpa gula.

Pelayan : aaa...???

GILA TELEFON

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang kerjanya menggunakan telefon.
Setiap kali menerima panggilan telefon pasti anaknya itu berbual sampai 5 jam
tanpa henti... Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari... anak gadisnya menerima panggilan tele fon dan bergegas
mengangkatnya... ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai...
Tapi, alagkah terkejutnya... apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 jam
bukan 5 jam seperti biasa...

"Tunggu kejap... siapa yang telefon tu?" tanya ayahnya kehairanan...

"Tak tahu lah ayah... salah nombor!" jawab anaknya sambil tersengih...

TOKEY KEDAI

Suatu hari, sebuah gedung mengadakan jualan murah... berpusu-pusu orang
ramai ingin memasuki gedung tersebut.. sehingga ada yang beratur seawal-awalnya...
walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30 pagi.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju kedepan... malangnya sebelum
sempat sampai, tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil
memarahi...

"woi.. tak nampak ke orang!!!" jerkahnya..."sedap sedap jer nak potong line orang..."

Lelaki tersebut bangun semula... dan cuba menuju kedepan semula... malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh.. setelah beberapa kali mencuba untuk ke barisan depan.. tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"ahhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukak kedai tu..!"

Laaaaa.. tokey kedai rupanyer.. heheheheheeeee


Niezam Phg says....

hahaha ...sakit perut saya ketawa...apa pun terima kasih kepada iza@my.hanjin.com kerana sudi berkongsi kegembiraan ini..tapi pasal bergayut di telefon tu saya pernah mempunyai rakan yang membuat rekod bersembang dengan aweks nya dari mak dia sembahyang isyak..sampailah mak dia bangun sembanhyang subuh ke esokan harinya...mak dia pun pening..bila masa dia tdo..tapi itu cerita lama...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...