Menjawab hujah 'BABI' Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin
Saya bukanlah banyak sangat masa nak menulis cuma teringin juga berkongsi pendapat. Apabila saya membuka emel gambaranak gadis Islam berpakaian Doktor sambil memegang babi dan anjing,hati saya marah dan beristighfar beberapa kali. Kamudian apabila sayafikirkan kembali yang gadis ini doktor haiwan maka bolehlah jugaditerima sedikit-sedikit pada fikiran ini.Setelah membaca pendapat pelbagai orang, tibalah saya membaca pendapat Doktor.
Isu anjing dan babi memanglah ianya ciptaan Allah dan kitaharus menjaga segala makhluk yang Allah jadikan. Namun kita harus sedar bahawasanya Allah menjadikan makhluk ciptaannya di bumi ini adalah untuk menduga keimanan kita. Contohnya, anjing dan babi ini diciptakan dan diturunkan pula syariat mengenainya. Mereka ini haramdimakan dan najis dipegang. Walaupun terdapat berbagai mazhab, namunkita mengikuti mahzab syafie yang terang-terang mengatakan binatang ini najis dipegang.
Walaupun kita boleh menyamaknya, namun dalam Islam pencegahan itu lebih baik. Mestilah terdapat sebab yang kukuh mengapa Allah melarang memakan dan najis jika menyentuh binatang ini. NamunIslam itu mudah, jika menyentuhnya diajar pula syariat bersuci iaitudengan menyamak. Namun bukankah lebih baik jika perempuan itu memakaisarung tangan serta tidak bergambar kenang-kenangan dengan babi dananjing?Saya rasa orang-orang bukan Islam bertepuk tangan melihat sekarang inimasyarakat Islam semakin "open minded" hanya berdasarkan fakta Islam tidak melarang umatnya menyentuh babi dan anjing walaupun ianya najis.
Saya bagi contoh yang mudah, jika Doktor mengkaji najis manusia,adakah doktor akan memegang dengan tangan, atau bersarung tangan.Sedangkan kalau dilihat kedua-duanya sama sahaja. Pegang tanpa sarungtangan atau bersarung tangan kedua-duanya boleh dicuci dengan sabunsehingga bersih. Namun orang yang waras akan memakai sarung tangan.Sebab benda itu najis. Kotor dan mungkin berpenyakit. Begitu jugadengan anjing dan babi. Islam telah mengatakan ianya najis. Mengapapula kita perlu memeluk dan memegang dengan bangga? Kalau tak banggapun tak perlulah memegang dengan tangan sendiri. Malulah kepada agama lain.
Islam tidak pula menyuruh kita menyeksa binatang-binatang ini malah kita wajib menolong setiap makhluk. Namun setiap pertolongan perlulah ada cara yang diajar syariat.Kalaulah babi dan anjing itu najis, maka samalah ianya dengan najismanusia, maka fikirlah bagaimana kita boleh memeluk dan memegang najis, walaupun dalam Islam tiada arahan memegang babi, anjing dan najis manusia itu haram! Memanglah tak haram namun pada sudut sivik yang diajar dalam Islam, kita mesti ada adab dalam setiap perbuatan.Janganlah kita berlebih-lebihan.
Fikirkanlah wahai doktor-doktor haiwan yang budiman.Jangan satu hari nanti ada pulak orang berbangga dan bermegah-megah memegang tahi manusia dan bergambar kenang-kenangan kemudian apabila ditegur mereka mengatakan kami hanya ingin mengkaji najis ini dan Allah tidak melarang kita memegang, bergambar dan sebagainya dengannajis manusia ini asalkan kita tahu menyucikannya.. Akhirnya huru-haralah masyarakat Islam.
Ir Hisyam
Teraju Suria Sdn Bhd
Niezam Phg says..
Satu pendapat dan komen yang sangat menarik dan saya tidak segan silu menyatakan bersependapat dengan DR Falsafah ini..semoga kita tidak mudah melatah apabila menerima teguran yang ikhlas kerana kita hanyalah insan ynag selalu dan sering melakukan kesilapan....belajarlah untuk menerima nasihat.....
credit to pristana5213@yahoo.com
Labels: renungan
2 Comments:
At September 04, 2007, Anonymous said…
SOKONG 100%
At September 21, 2007, Anonymous said…
salam
I think that your comment is very shallow-minded. But unfortunately, it is something shared by many malaysian muslim and it is one of the many reasons why muslim veterinarian find it very hard to advance locally. As a muslim veterinarian,i have hundreds of pictures with animals, including haram alike and i find it fine and dandy. I feel that what you feel is just a matter of you not accepting what is happening round you and not because the wrongful way of holding haram animals in Allah SWT eyes. You are putting forth what YOU think is wrong because YOU are not used to it.
SO Get used to it! We, vets of all races/religion have our animals lives to protect and save and we don't have to waste our time justifying our acts to you. We make our peace with Allah SWT and we samak ourselves after contact with pigs and dogs and do whatever necessary to keep ourselves as a good muslim and vets.
By the way, Dzulhamka has made an excellent comment and i agree with my friend 100%. He is a truly respected and well-liked person in our faculty and i feel that he is one of the best person to explain this clearly to everyone.
Thank You and wassalam
p/s: Maybe this Ramadhan is a good time to reflect on this and open your heart to the fact that just because you don't understand something, or don't accept it because of your personal opinion, doesn't mean its WRONG!
Post a Comment
<< Home