Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, November 25, 2007

Tan Sri Shamsudin Kadir kawin gadis Iran

Pengerusi dan pengasas syarikat Sapura Group, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir hari ini selamat diijabkabulkan dengan seorang gadis dari Iran, Mariam Parineh Nariman, 30


Tan Sri dengan isteri tersayang


Shamsuddin, 76, telah tiga tahun menduda selepas kematian isteri pada tahun 2004.


Majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai terdekat itu diadakan secara sederhana tetapi penuh dengan adat Melayu di kediaman Shamsuddin di The Mines Lake House, Seri Kembangan dekat sini.


Dengan sekali lafaz sahaja, Shamsuddin sah menjadi suami Mariam pada pukul 12.30 tengah hari selepas dinikahkan oleh Ketua Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman dengan mas kahwin sebanyak RM80.
Mariam kemudian menerima wang hantaran sebanyak RM50,000 dan membalas tiga dulang hantaran yang diterimanya dengan lima dulang mengandungi cincin, senaskhah al-Quran serta tasbih, sejadah, satu persalinan dan manisan.


Majlis pernikahan itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman serta bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Haniff Omar dan isteri Toh Puan Hamidah Abdul Hamid.


Difahamkan Mariam kini merupakan seorang pengarah syarikat di sini. Sebelum ini beliau menetap dan menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat.


Niezam Phg says..

semoga berbahagia ke anak cucu.......dan selamat pengantin yag di beri nafas BARU


dipetik dari utusan

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...