Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, November 08, 2007

Apakah pengorbanan kita?

Assalamualaikum wbr,

Semalam, 21 Ramadhan, sewaktu saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah selepas menyelesaikan kes-kes di OT, saya telah mendapat panggilan 'donor procurement' daripada hospital Ipoh . Penderma adalah seorang Muslim
15 tahun, diagnosed brain death 11 am, selepas severe head injury akibat kemalangan jalan raya.

Persiapan rutin mengambil masa beberapa jam dan kami sampai di hospital Ipoh menggunakan penerbangan RMAF pukul 8 mlm. Selepas sampai di Hospital Ipoh barulah saya mengetahui cerita sebenar.

Penderma merupakan seorang pelajar Maahad Tahfiz yang sedang menduduki peperiksaan PMR, baru 2 paper. Dalam perjalanan pulang dari sekolah menunggang motorsikal, beliau telah dilanggar lori dan mengalami severe head
injury. Selepas berusaha untuk menyelamatkannya gagal dilakukan, pihak Hospital Ipoh telah bertanyakan kemungkinan menderma organ-organ tubuhnya kepada kedua ibubapanya.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, penderma dikalangan orang Islam adalah yang paling rendah sekali, dan sepanjang saya bertanggung jawab terhadap program 'donor procurement' 4 tahun kebelakangan ini tidak pernah
saya berjumpa dengan penderma Muslim. Ini adalah kali pertama persetujuan menderma diperolehi dengan mudah daripada sebuah keluarga Muslim.

Apa yang membuatkan saya termenung sejenak dan bermuhasabah diri adalah apabila mendengarkan alasan yang diberikan oleh si bapa. Alasannya, sekiranya anaknya tidak dapat hidup untuk berbakti kepada agama dan
masyarakat, biarlah organ-organnya memberi nyawa kepada yang memerlukan, mudah-mudahan penerima organ-organ tersebut akan dapat berbakti kepada agama dan masyarakat.

Sahabat sekelian, teringat saya kepada cerita pengorbanan para sahabat di zaman RasuluLah, yang sanggup mengorbankan nyawa anak-anak mereka demi perjuangan Islam. Dan dalam hal ini, bukan sahaja si anak tersebut
terkorban dijalan Allah (menuntut ilmu) akan tetapi organ-organya juga terus berbakti untuk umat manusia.

Sahabat sekelian, sewaktu bertarawikh di celah-celah almari baju di OT Hospital Ipoh , saya termenung dan berfikir; sejenak saya merasa bangga kerana masih ada dikalangan ornag Islam yang berjiwa besar seperti
ini. Sejenak pula saya merasa sedih, kerana lebih ramai lagi umat Islam yang berjiwa pengecut dan enggan melakukan pengorbanan. Saya bertanya pada diri sendiri, sekiranya perkara yang sama berlaku kepada anak-anak saya sendiri, sanggupklah saya memberikan consent untuk pendermaan organ? Alangkan untuk menyumbangkan sedikit harta wang ringgit pada jalan Allah pun saya amat keberatan inikan pula anak-anak yang saya cintai. Apakah ini nilai yang saya peggang sebagai pejuang Islam? Alangkah malunya saya di hadapan Rabbul Jalil.

Proses 'harvesting' berjalan dengan amat lancer. Malah sepanjang 4 tahun saya melakukan tugasan 'harvesting' inilah kali pertama proses berjalan dengan amat lancar. Seolah-olah menandakan keredhaan sipenderma dan
ahli keluarga beliau keatas organ-organ yang didermakan.

Sahabat sekelian, marilah kita membacakan sepotong AlFatihah untuk roh simati, Mudah-mudahan rohnya diterima Allah sebagai roh orang-orang yang mati syahid. AlFatihah.

Bagaimanakah pula dengan kita? Apakah kesudahan kita adalah dengan kebaikan? Mudah-mudahan kita dapat mempunyai kekuatan sebagaimana kekuatan sibapa yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk tujuan kebajikan.

WalLahu 'alam.
Suhaini
From: "Dr. Suhaini Kadiman"

Labels:

2 Comments:

  • At November 25, 2007, Blogger Hanya untuk aku said…

    As'sala'mualaikum Sdr.Niezam,
    Salam sejestra dari saya, Pak dah lihat blog Niezam, Pak ucapkan tahniah segalanya menarik, Pak juga org Pahang, tapi jauh di perantauan..Pak baru belajar buat blog > http://www.backey1.blogspot.com/
    Pak sedia menerima tegoran..Thanks

     
  • At November 25, 2007, Blogger Hanya untuk aku said…

    Hai, Niezam, Pcik dah ikuti isian blog Niezam..menarik n tahniah
    thanks,

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...